Produk ciptaan syarikat Kulim Pro Tech Sdn Bhd iaitu Anti-Fly mampu membantu masalah lalat yang berterbangan, menghinggapi makanan serta setiap sudut meja makan terutamanya di kawasan terdapatnya masalah lalat hasil dari ternakan ayam yang mungkin bertahun lamanya.
Produk berjenama 'BioHerbs' itu merupakan keluaran bumiputera berasaskan serai telah lama berada di pasaran dengan pekatan menghalau lalat tetapi sekarang ianya dijual dengan menggunakan semburan yang lebih mudah tidak lagi perlu membancuh pekatan ke dalam bekas lain. Ini lebih menjimatkan masa dan selamat digunakan kerana ia tidak beracun malahan mesra alam, membasmi kuman dan bertindak sebagai anti bakteria serta memberi aroma yang segar dan wangi.
Produk itu dipercayai boleh menjana pendapatan lumayan kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar daerah asalkan mereka berusaha memperkenalkan produk tersebut kepada pasaran secara meluas. Memandangkan percambahan gerai makanan sekarang ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, setiap daerah hanya seorang pengedar diwujudkan bagi mengelak daripada berlakunya pertembungan.
Hanya dengan satu semburan lalat akan berkurangan dan jika diulangi dalam masa lima jam sehari lalat terus meninggalkan kerana tidak tahan dengan kandungan yang dicampurkan bersama serai. Sekiranya semburan terkena pada makanan atau minuman, ini tidak mendatangkan kesan pada kesihatan kerana ia cuma bertindak balas kepada serangga itu sahaja. Para pengguna boleh menyembur dengan ketinggian satu kaki tanpa mengelap kerana ia akan kering sendiri samping meninggalkan aroma serai yang wangi.
No comments:
Post a Comment