STEVIA adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai pokok gula. nama saintifiknya Stevia Rebaudiana bukan sahaja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkanboleh menggantikan gula.
STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.Berasal dari paraguay,ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis minuman dan makanan.
STEVIA juga digunakan sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi,melawaskan kencing,menguatkan otot organ hati,antibakteria,anti penyakit kulat,antivirus dan merawat luka terbakar.
kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid,boleh menurunkan tekanan darah dan bagus untuk penghidap penyakit diabetes.
KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA :
mengimbangkan kandungan gula dalam badan
meningkatkan kadar tenaga
melicin serta memutihkan kulit
sesuai untuk semua peringkat umur
membantu menurunkan tekanan darah
membantu sesiapa yang mengalami masalah insomnia.
membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
berupaya mengawal berat badan
melawaskan kencing
Stevia Sweet merupakan jus minuman perasa buaha-buahan yang menggunakan ekstrak stevia, ianya sesuai diminum oleh semua orang termasuk penghidap kencing mans atau hypoglycemia.
No comments:
Post a Comment